Sesi Taklimat: Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbot AIFA kepada Petugas NADI (Wilayah Sarawak, Sabah dan Labuan)

13 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2025, Rabu, petugas NADI Rantau Panjang telah menyertai sesi Taklimat: Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbot AIFA kepada Petugas NADI (Wilayah Sarawak, Sabah dan Labuan)yang bermula daripada pukul 11:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Microsoft Teams telah digunakan sebagai platform penyampaian bengkel tersebut. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Cik Nursurifa Wan Ali dari Jabatan Analisis Kandungan MCMC.

Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkenalkan chatbot AIFA kepada petugas NADI. Fungsi utama chatbot AIFA ini adalah untuk mengesahkan maklumat berkaitan dengan isu-isu semasa dan isu tular yang diterima itu dari sumber yang sahih. Ciri unik chatbot AIFA ini diintegrasikan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan untuk pengesahan sesuatu fakta. Dengan adanya chatbot ini dapat membantu mempercepatkan pengesanan dan pembetulan dakwaan berita palsu.

Diharapkan dengan adanya chatbot AIFA ini dapat mendidik pengguna mengenai cara untuk mengenal pasti sumber fakta dan maklumat yang boleh dipercayai dan berfikir secara kritis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali